BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 2, 2011

Jangan Ambil Mudah Kehadiran Ketuat


Apabila sudah tumbuh, tidak mustahil ia merebak jika tidak dirawat dan diberikan perhatian sewajarnya. Kebanyakan kita berhadapan dengan masalah ketuat yang lebih gemar mengambil sikap sambil lewa.
Tidak dinafikan ketuat tidak mengganggu malah ada kala boleh hilang dengan sendirinya. Ia juga kebiasaannya tidak mendatangkan sebarang rasa sakit melainkan di bahagian yang sering bergesel atau bersentuhan.
Tidak hanya menghantui golongan dewasa, kanak-kanak turut terdedah kepada risiko ketuat. Ini kerana ketuat berpunca daripada sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan Human Papillomavirus (HPV).
Sel-sel membiak begitu cepat dan membentuk ketumbuhan yang membonjol keluar. Kuman ini boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh terutamanya di bahagian yang lembap dan panas. Selain itu, bahagian terluka seperti di kaki, tangan dan jari-jemari turut terbuka kepada risiko ini.
Jenis Ketuat
Secara amnya, ketuat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu biasa, bersaiz kecil dan plantar.
Bagaimanapun, bersentuhan dengan individu yang mempunyai ketuat tidak bermaksud anda akan dijangkiti dengan mudah. Pun begitu, bagi anda yang mempunyai tabiat suka mengorek ketuat, hentikan amalan itu kerana ia hanya akan membuatkan ketuat merebak. Sebelum ini, ketuat hanya boleh dibuang melalui pembedahan. Petua tradisional juga boleh diamalkan namun ia memerlukan rutin yang konsisten bagi memastikan ketuat hilang.
Menyedari kesukaran itu, pusat kecantikan diri HerbaLine tampil dengan formula tersendiri yang digelar Rawatan Ee HerbaLine.
Menggunakan krim berasaskan herba semula jadi yang dihasilkan daripada ekstrak gajus mampu membantu masalah seperti ketuat, sisa sebum, tahi lalat serta kutil pundi minyak yang dihadapi.
Melalui kaedah rawatan ini, mereka yang berdepan dengan masalah ketuat tidak perlu lagi menjalani pembedahan yang memerlukan penggunaan bius dan mengakibatkan pendarahan, sebaliknya anda cuma merasa sedikit sakit seperti gigitan serangga.
Tip Kecantikan
• Bagi mengelak ketuat daripada tumbuh, anda harus menitikberatkan kebersihan dengan kerap membasuh tangan bagi mengelak sebarang jangkitan. Begitu juga jika kulit terluka, cuci ia sebaiknya menggunakan air bersih serta ubat basmi kuman.
• Elakkan berkongsi tuala dengan sesiapa atau menyentuh apa-apa yang anda sendiri tidak pasti tahap kebersihannya.
Cara Rawatan
1. Rawatan akan dimulakan dengan membersihkan serta mensteril bahagian ketuat terlebih dahulu. Setelah beberapa saat, ketuat akan dikikis menggunakan jarum halus. 2. Seterusnya krim khas akan disapu. Anda akan terasa sedikit pedih apabila krim tersebut di sapukan.
Setelah proses rawatan tersebut dilakukan, ketuat akan berkuping dan berbintik hitam. Dalam jangka antara masa satu sehingga tiga minggu cela itu tertanggal dengan sendirinya. Pada akhirnya, kulit akan kembali cantik tanpa sebarang masalah ketuat mahu pun parut.
Cantik Di Hati
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dari-Nya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment