haish jerawat2 ka muka semakin menjadi2 skg ni..huhu..
makin lame makin merebak ke seluruh muka..ini akibat dari kerja yg tak cukup rehat..sbgai mahasiswa rht yang cukup amatlah susah..ini kerana dgn assignment yg berlambak2 nye..mane nak rest ye dak..
ok la saje nak cite2 pasal jerawat ni..so kat sini terdapat tips2 penjagaan wajah..ececeh muka sudah nak wajah2 bagai..
Tips Penjagaan Wajah Anda
1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :D
2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.
3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.
4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.
5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin.
6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat...(yg ni la payah skali..aka malas nak gi ok)
TIPS
untuk menghilangkan jerawat. Jangan biarkan JERAWAT menguasai muka anda.. ♥♥♥
Jika ada jerawat dimuka anda, jangan SENTUH!!!!Bunyinya kedengaran mudah, tetapi tahukah anda kajian mendapati manusia menyentuh mukanya sendiri berkali-kali dalam sehari dan majoriti daripada sentuhan adalah tanpa sedar? Antara sebab kita menyentuh muka kita adalah untuk menggaru, mengusap, mengelap peluh, memegang bibir atau hidung dan banyak lagi.
Mengapa? Tangan adalah anggota utama perhubungan kita dengan dunia di sekeliling kita. Malangnya dunia persekitaran kita tidaklah bersih. Peluh, daki dan minyak (yang membawa bersama mereka bakteria dan virus) tersebar melalui permukaan yang kita sentuh seharian seperti tombol pintu, pemegang sinki, alat tulis yang dikongsi dan banyak lagi.
Oleh kerana sentuhan pada kulit muka sendiri hampir mustahil untuk dielakkan, langkah terbaik adalah memastikan tangan dibasuh secara kerap sepanjang hari.
Perkara PENTING sekali, jangan PICIT jerawat anda kerana bakteria senang merebak apabila 'air' jerawat anda terbias ke muka anda. Confirm jerawat akan tumbuh di tempat berhampiran.
ur pimples n ur face
di samping itu sya amalkan makan vit c untuk memulihkan jerawat yg bersarang dalam kulit...
KILL UR PIMPLES NOW!!ade tak org buat kempen jerawat ek??kalau ade sya nak join..hahahaha..
k la bye2